Assalāmu ‘alaikum wa rahmatullāhi wa barakātuh.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah mengizinkan saya untuk menghasilkan sebuah penulisan yang bertajuk "Dari Dakwat Ke Digital: Evolusi Penulisan Khat". In Shaa Allah, penulisan yang saya hasilkan adalah bertujuan untuk membantu rakan-rakan dalam mempelajari dan memahami dengan lebih mendalam tentang seni khat. Semoga apa yang ditulis dalam blog ini mampu menyampaikan kepada rakan-rakan perkara yang dicari-cari. Saya mulakan penulisan ini dengan sebuah doa:
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya: “ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"
Dan izinkan saya akhiri kata-kata aluan saya dengan sepotong ayat daripada Surah al-Baqarah, ayat 286:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ
Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Itu sahaja daripada saya dan dipersilakan untuk menelusuri satu persatu isi kandungan yang telah saya hasilkan. Syukran!!
.jpeg)